Skip to content

Fotografi & Influenza H1N1

August 7, 2009

Salam,

Wabak penyakit H1N1 semakin galak menular di negara kita dan bilangan pesakit serta jumlah kematian akibat wabak ini semakin meningkat setiap hari.

Di negeri Melaka sahaja telah lebih 10 kematian di catatkan manakala jumlah pesakit luar yang datang untuk membuat saringan adalah sangat ramai. Hospital Melaka sahaja telah mempunyai 6 Wad yang dikhaskan untuk pesakit – pesakit yang disyaki mempunyai penyakit H1N1 manakala 1 Wad untuk pesakit yang sah mengidap penyakit tersebut.

Mengapa perlu pihak Azri Azmi Digital Photography mencatatkan isu ini di dalam blog fotografi? Ini adalah kerana penyakit yang mudah berjangkit ini lebih tinggi risikonya apabila ramai orang berkumpul di satu -satu tempat dan sinonimnya perkara ini kepada kita adalah majlis – majlis kenduri serta keramaian yang juga merupakan lokasi berisiko tinggi untuk seseorang itu mendapat jangkitan penyakit ini.

Adakah setiap orang yang menghadiri majlis kenduri atau keramaian perlu memakai topeng penutup hidung & mulut? Perlukah jurugambar – jurugambar majlis juga memakai topeng ketika melakukan tugasan mengambil gambar? Tanda – tanda seseorang itu mengidap penyakit H1N1 pada awalannya tidak begitu nyata kerana simptom – simptom penyakit adalah sama seperti demam selsema yang biasa.

Seperti yang telah di nasihatkan oleh WHO (World Health Organization), bersalaman juga adalah tidak di galakkan dan perlu dihindarkan buat sementara waktu. Namun, sudah menjadi tradisi rakyat Malaysia terutama sekali orang – orang Melayu yang bersalaman itu adalah rutin wajib untuk menunjukkan rasa hormat serta niat baik persahabatan antara satu dengan lain.

Oleh yang demikian, samada jurugambar mahupun pelanggan, bersamalah kita memastikan bahawa faktor – faktor pencegahan penyakit berjangkit H1N1 di ambilkira di dalam mengelolakan / bertugas pada satu – satu majlis. Yang paling utama, jika seseorang jurugambar atau saudara mara atau kita sendiri mempunyai simptom seperti demam & selsema, adalah di nasihatkan agar kita tidak ke majlis tersebut. Bagi jurugambar pula, jika anda mempunyai simptom penyakit H1N1, wakilkanlah rakan jurugambar yang sihat untuk mengambil majlis yang telah kita janjikan.

Bersama kita mengurangkan risiko jangkitan wabak Influenza H1N1.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: