Skip to content

Outdoor Fun Portraiture

March 2, 2010

Greets,

Thanks to Erin for engaging Azri Azmi Digital Photography for her Outdoor Fun Portrait Photography session held on the 24th January 2010.

Erin, together with her 6 family members & friends involved in the photo session on that day. The session starts at 830am and ended somewhere before 2pm.

Sessi fotografi berjalan dengan baik dan semua ‘model – model’ senang to work with.

Again, thank you to Erin and below are some og the photos taken on that day.

Mencari Model – Bakat Baru

January 20, 2010

Greets,

Ingin menjadi seorang model?

Anda berminat, berbakat dan bercita – cita untuk menjadi seorang model? Bermula dari Januari 2010, Azri Azmi Digital Photography telah bekerjasama dengan sebuah Talent Agency dalam mencari bakat – bakat baru dalam bidang modeling. Butiran adalah seperti iklan di atas.

Terima kasih.

Khai, Shaiful, Ida & Nisa – The Wedding, Tangga Batu, Melaka

January 20, 2010

Greets,

Terima kasih di ucapkan kepada Cik Ain kerana telah mengambil Azri Azmi Digital Photography untuk menjadi jurugambar rasmi bagi majlis perkahwinan 2 abang beliau yang berlangsung di Tangga Batu, Melaka.

Majlis sehari ini berjalan dengan lancar termasuk sessi fotografi untuk 2 pasangan pengantin baru ini. Majlis bermula dengan acara Marhaban dan kemudiannya di ikuti dengan majlis berarak dan bersanding. Kedua – dua pasangan amat sporting menjadikan sessi fotografi berjalan dengan begitu lancar.

Berikut adalah 2 foto yang telah di rakamkan pada majlis tersebut :-

Terima kasih.

Ena & Zamri – The Wedding, Senawang, Negeri Sembilan

January 17, 2010

Tarikh 19hb merupakan tarikh bersejarah buat pasangan  Ena & Zamri kerana mereka telah di ijabkabul pada tarikh tersebut.

Majlis diadakan di Senawang bermula pagi di mana acara akad nikah di jalankan dan di ikuti dengan majlis kenduri & bersanding selepas waktu Zohor.

Terima kasih buat Ena kerana telah memilih Azri Azmi Digital Photography sebagai jurugambar rasmi bagi majlis ini. Terima kasih juga buat keluarga Ena terutama bapa kepada Ena yang begitu mesra serta mudah berbicara.

Berikut adalah beberapa gambar yang di rakamkan di majlis perkahwinan Ena & Zamri :-

Ayu & Asif – The Wedding, Kelana Jaya, Selangor Darul Ehsan

December 30, 2009

Tahniah Azri Azmi Digital Photography ucapkan buat pasangan Ayu & Asif di atas majlis perkahwinan mereka yang diadakan pada 13hb Disember 2009.

Sessi fotografi di mulakan pada malam 12hb di mana majlis khatam Al Quran dan Marhaban diadakan oleh penduduk – penduduk SS5, Kelana Jaya.

Majlis akad nikah, bersanding dan kenduri pula diadakan pada 13hb pagi hingga ke petang. Ayu mengenakan 3 persalinan di mana 2 daripada persalinan tersebut adalah persalinan baju saree. Keluarga Asif yang bertandang dari negara India untuk ke majlis ini telah tidak ketinggalan dalam membantu pihak jurusolek dalam menyiapkan Ayu semasa persalinan berbaju saree.

Terima kasih buat Ayu & Asif kerana memberikan kepercayaan kepada Azri Azmi Digital Photography untuk merakamkan majlis ini.

Di bawah adalah beberapa gambar buat tatapan semua pelanggan dan bakal – bakal pelanggan Azri Azmi Digital Photography.

Tini & Zul – The Wedding, Krubong, Melaka

December 28, 2009

Salam,

Pasangan Martini dan Zul telah selamat di ijabkabulkan pada 11hb Disember 2009 di mana acara akad nikah di langsungkan di Masjid Kg Krubong, Krubong, Melaka.

Sessi fotografi untuk majlis perkahwinan Tini dan Zul berjalan selama 2 hari iaitu pada 11hb dan 12hb Disember 2009 di mana kemuncak sessi adalah dengan diadakan sessi outdoor di Ayer Keroh, Melaka.

Terima kasih buat keluarga Tini dan Zul yang peramah serta baik hati. Penghargaan juga buat Tini dan Zul yang in fact telah membuat tempahan sejak awal tahun ini lagi.

Di bawah adalah beberapa gambar yang telah di proses untuk tatapan semua.

Ema & Alwi – The Wedding, Kesang Pajak, Melaka

December 11, 2009

Salam,

Tirai fotografi musim perkahwinan pada Disember ini di mulakan dengan majlis Ema & Alwi yang telah selamat berlangsung pada 4hb & 5hb Disember 2009.

Majlis pada 4hb melibatkan acara akad nikah, persalinan 2 helai pakaian dan berarak. Pada 5hb adalah majlis kenduri, bersanding dan turut di ikuti dengan persalinan 1 pakaian.

Alhamdulillah semua yang dirancangkan berjalan dengan lancar dan Azri Azmi Digital Photography ingin mengucapkan tahniah kepada pasangan Ema & Alwi semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Gambar – gambar majlis sedang di proses dan di jangka akan di serahkan kepada pasangan dalam tempoh 3 ke 4 minggu lagi. Berikut adalah beberapa gambar – gambar yang di rakamkan buat tatapan semua.

Terima kasih buat Ema & keluarga sekali lagi.

Syukur juga kerana Azri Azmi Digital Photography mempunyai  tugasan berterusan pada setiap minggu bulan Disember ini dengan majlis Рmajlis di pelbagai lokasi seperti di Krubong, Kelana Jaya, Senawang & Tangga Batu.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.